23.5.08

TT Di Rumah Tok Penghulu Manjung

Tarikh : 22 Mei 2008
Lokasi : Rumah Tok Penghulu, Pak Roslee (9W2TGA)

Sekali lagi Daerah Sri Manjung dikunjungi rakan2 AKRAB (Kelab Komunikasi Radio Amatur Bachok) dari Kelantan & rakan2 dari Kuala Lumpur. Rakan2 yang datang dari Bachok ialah Masrul (9W2MKE), SWL Azwa dan 2 org rakan yang menemani beliau berdua. Atas sebab tugasan, mereka datang ke daerah ini. Pak Roslee (9W2TGA), Tok Penghulu kami di sini, mengalu2kan kedatangan mereka & mengajak mereka semua ke rumah beliau. Sebelum ini, Pengerusi Akrab, Pak Awi (9W2AWQ) telah datang kesini & kali ini ahlinya pula yang datang.

SWL Azwa (berbaju biru) & Che Za (9W2CZB)

Muka2 biasa; Cikgu Zaki (9W2ZKE), Cikgu Suhaimi (9W2MMP) &
Pak Roslee (9W2TGA)

Pak Roslee (9W2TGA), SWL Sham, Pak Ishak (9W2MCB) &
Masrul (9W2MKE)

Masrul (9W2MKE), 2 org rakan beliau, SWL Azwa, Che Za (9W2CZB)

SWL Azwa, Che Za (9W2CZB), Cikgu Zaki (9W2ZKE),
Cikgu Suhaimi (9W2MMP) & Pak Roslee (9W2TGA)

Pak Ishak (9W2MCB), Masrul (9W2MKE), 2 org rakan beliau,
SWL Azwa & Che Za (9W2CZB)

Rakan2 dari KL juga datang ke rumah Pak Roslee, walaupun hadir pada pukul 12 tgh malam. Seramai 5 stesen datang ke sana dengan tujuan menumpang mandi sebelum bertolak balik ke Kuala Lumpur. Antaranya, Bro Wan (9W2WXY), Bro Fadzil (9W2SMF) & 3 rakan beliau. Mereka telah berada selama 4 hari di sini atas tugasan.

SWL Azwa & Bro Wan (9W2WXY) sambil memegang antenna 155MHz

Bro Fadzil (9W2SMF) yang keletihan & Pak Ishak (9W2MCB)



Pak Ishak (9W2MCB) tengah kelentong Bro Wan (9W2WXY) & rakan2!

Antara Rakan HAM Manjung yang hadir pada malam tersebut ialah, Che Za (9W2CZB), Cikgu Zaki (9W2ZKE), Cikgu Suhaimi (9W2MMP), Pak Ishak (9W2MCB), SWL Sham & Hairul (9W2YZF). Acara suai kenal berlarutan hingga ke pukul 1 pagi.

Ucapan terima kasih kepada rakan2 yang mengunjungi lokasi kami di Sri Manjung ini. Insyaallah kalau ada masa, singgah ler lagi. Dan juga terima kasih pada Tok Penghulu kerana menjamu kami dengan juadah ringan.

No comments:

Post a Comment

PENAFIAN
PEMILIK BLOG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KEHILANGAN
ATAU KEROSAKAN
DISEBABKAN PENGGUNAAN MANA-MANA MAKLUMAT YANG DISEDIAKAN MELALUI LAMAN INI.
SEBARANG PENAMBAHBAIKAN BOLEH DIMAKLUMKAN KEPADA MANA-MANA ADMINISTRATORS YANG BERTUGAS.
HAKCIPTA TERPELIHARA administrators © 2008-2014