26.6.08

Eyeball 26 Jun 2008

Bertempat di rumah Tok Penghulu kita, Pak Roslee (9W2TGA), sekali lagi Sri Manjung di kunjungi 2 orang rakan HAM. Beliau ialah SWL Joe Doa dari Kajang bersama xyl beliau dan harmonic. Dan seorang lagi rakan dari Ipoh, Cikgu Faizol (9W2DTL).

SWL Joe Doa bersama xyl beliau, Pak Sahak (9W2MCB) & SWL Pak Mat

SWL Joe Doa datang ke Negeri Perak atas sebab urusan kerjayanya, secara tidak langsung dapat juga mengenali rakan2 HAM di lokasi Sri Manjung ini. Begitu juga dengan Cikgu Faizol (9W2DTL), beliau juga ada urusan di Pusat Ko di Pulau Pangkor. Sementelah berada di Lumut, maka dapat juga bertemu mata dengan rakan2 HAM di pekan ini. Kedatang kedua2 rakan HAM itu secara kebetulan, dan di pertemukan di rumah Tok Penghulu di sini, Pak Roslee (9W2TGA).

Tok Penghulu, Pak Roslee (9W2TGA), Cikgu Suhaimi (9W2MMP) & Cikgu Faizol (9W2DTL)

Antara rakan2 HAM Sri Manjung yang hadir untuk memeriahkan lagi perjumpaan ini ialah, Cikgu Suhaimi (9W2MMP), Pak Sahak (9W2MCB), Bang Sham (9W2IOI), Hairul (9W2YZF), SWL Pak Mat & SWL Fahmi.

Cikgu Suhaimi (9W2MMP) sambil monitor jaluran, Cikgu Faizol (9W2DTL)
dan SWL Joe Doa bertukar nombor telefon.

SWL Pak Mat, SWL Fahmi, Sham (9W2IOI) & Pak Roslee (9W2TGA)

Cikgu Suhaimi (9W2MMP) & Cikgu Faizol (9W2DTL), khusyuk bercerita!

Antara yang hadir pada hari tersebut di rumah Tok Penghulu, Pak Roslee (9W2TGA)

Di ucapkan beribu terima kasih ke atas 2 orang rakan yang mengunjungi kami di Pekan Manjung ini. Semoga terjalin ikatan rakan sesama rakan HAM mahupun di daratan atau pun di udara. Kalau ada kelapangan jangan lupa jengoklah kami di sini.

Terima kasih juga pada Tok Penghulu kita, bersusah payah untuk menjamu para tetamu yang hadir. Semoga di murahkan rezeki hendaknya, Amin!

No comments:

Post a Comment

PENAFIAN
PEMILIK BLOG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KEHILANGAN
ATAU KEROSAKAN
DISEBABKAN PENGGUNAAN MANA-MANA MAKLUMAT YANG DISEDIAKAN MELALUI LAMAN INI.
SEBARANG PENAMBAHBAIKAN BOLEH DIMAKLUMKAN KEPADA MANA-MANA ADMINISTRATORS YANG BERTUGAS.
HAKCIPTA TERPELIHARA administrators © 2008-2014