Pada 22 jun 2008, 1800hrs, telah berlangsung satu perjumpaan di Sekolah Menengah Teknik Seri Manjung. Perjumpaan ini telah dimeriahkan oleh beberapa rakan ham di lokalan. Disamping dapat bertemu dan bertukar buah fikiran , SWL Pak Mat, telah berjaya menggoda rakan2 ham yang lain untuk membuat satu antenna "slim jim" untuk base beliau. Dengan pertolongan rakan2, maka terhasillah sebuah antenna "slim jim" untuk kediaman beliau.Pada hari tersebut, 2 rakan swl baru iaitu SWL Mohd Fahmie dan SWL Alina (xyl 9W2IOI, Bro Sham) bersama harmonic juga telah menghadirkan diri untuk memberi sokongan moral serta menimba ilmu daripada rakan2 di lokalan Manjung.
Antara gambar yang sempat di rakam:
antenna SWL Pak Mat. Di belakang kelihatan Cikgu
Fadhlur Rahman (9W2ALG) & SWL Alina (berbaju kurung) dan harmonic
Pak Roslee (9W2TGA) sedang memperkemaskan antenna SWL Pak Mat.
Pak Mat melihat dengan khusuk... "buat elok elok2!".
Slim Jim pada SWL Pak Mat "Tembak 5 watt boleh sampai indonesia nie Pak Mat kalau pakai antenna nie!"
Cikgu Zaki (9W2ZKE) dan Cikgu Fadhlur (9W2ALG) sedang mencari ilham."Tengok syiling tak cukup tinggi tengok langit laaa yop!"
Sesi penyerahan antenna!Tok Penghulu (9W2TGA) menyerahkan antenna Slim Jim pada tuan barunya, Pak Mat!

No comments:
Post a Comment