9.6.08

Operasi Pemasangan Mobile Rig

Pada petang tadi, 9 June 2008 bertempat di rumah Tok Penghulu kita, Pak Roslee (9W2TGA) telah mengadakan satu operasi kecil2 untuk memasang mobile rig pada rakan SWL baru di Manjung. Rakan baru ini ialah Pak Mat, nama yang tidak asing lagi di daerah ini. Beliau menggunakan callsign PR-PMT, nama dari Kelab Pradas.

Antara yang hadir bersama untuk menolong kerja usaha sama ini ialah Cikgu Suhaimi (9W2MMP) & SWL Wan. Dan rakan yang saja datang menyebok ialah Hairul (9W2YZF) & Pak Ishak (9W2MCB).

Ini dia empunya badan, Pak Mat bersama Pak Roslee (9W2TGA)

Cikgu Suhaimi (9W2MMP) tengah setting rig.

Bahagian wiring kereta kita serah pada tokey bengkel SWL Wan.

Setting wiring di kereta Pak Mat

Lewat senja sebelum kedengan azan Maghrib, kerja2 tersebut telah selesai. Semoga rakan baru ini akan menceriakan lagi suasana udara di daerah ini.

No comments:

Post a Comment

PENAFIAN
PEMILIK BLOG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KEHILANGAN
ATAU KEROSAKAN
DISEBABKAN PENGGUNAAN MANA-MANA MAKLUMAT YANG DISEDIAKAN MELALUI LAMAN INI.
SEBARANG PENAMBAHBAIKAN BOLEH DIMAKLUMKAN KEPADA MANA-MANA ADMINISTRATORS YANG BERTUGAS.
HAKCIPTA TERPELIHARA administrators © 2008-2014