QTH : Rumah 9W2TGA (Roslee)
Tarikh : 17 September 2008 (Rabu)Bersempena Hari Nuzul Quran, sebuah majlis berbuka puasa telah diadakan di lokalan 9W2TGA (Roslee) dengan bantuan rakan2 Ham Manjung. Majlis telah disertai oleh lebih kurang 12 stesyen termasuk XYL & harmonics masing2.. menu utama pada hari itu ialah nasi tomato, disertai ayam bakar, murtabak, mee goreng & mehun goreng. Para XYL juga berusaha menyediakan juadah kuih muih seperti puding telur, apam pisang, cempedak goreng, kek coklat dan lain2 ..

Terima kasih kepada 9W2HZM, walaupun tidak dapat hadir tetapi telah menyumbang pelbagai juadah kuih muih ..

Ketua operasi bakar membakar SWAL Arriffin sedang menunjukkan skill (TQ kepada XYLnya yang menyediakan rempah ratusnya)

Majlis juga turut disertai oleh rakan Ham Teluk Intan, Ayie (9W2ESR) & XYL beliau SWL Huda. Pihak Ham Manjung turut berbesar hati menerima kunjungan dua rakan, Azizul (9W2KPR) & Alias (9W2OOF) yang portable kerana menjalani latihan / praktikal di Klinik Kesihatan Lekir & Pantai Remis. Selamat datang juga kepada SWL Dazli!

Memperkenalkan satunya2 Ham Wanita Manjung 9W2BEQ Azian (memakai baju kurung putih) bersama2 XYL SWL Yan & XYL SWL Arriffin & harmonics
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan aktiviti yang julung2 kalinya ini .. Semoga hobi yang dikongsi bersama ini mampu mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan sesama kita ..

No comments:
Post a Comment