18.9.08

Moreh Bersama Rakan2 Di Manjung

Tarikh : 15 September 2008 bersamaan 15 Ramadhan
Masa : Lepas Tarawih
Lokasi : Tempat biasa, Cafe Kayu Manis

Seperti yang telah dijanjikan didalam udara, kami semua bersepakat untuk bermoreh bersama2 selepas Solat Tarawih 15 Ramadhan. Sudah lama tak bertango2 & kesibukan masing2 di bulan puasa ini, maka dapat juga ler sessi ini berlangsung.

Antara yang hadir pada malam tersebut ialah Tok Penghulu kami, Pak Roslee (9W2TGA), Cikgu Suhaimi (9W2MMP), Pak Sahak (9W2MMP), Bang Sham (9W2IOI), Che Za (9W2CZB), Hairul (9W2YZF), SWL Arifin & SWL Wan.

Antara agenda pada malam tersebut ialah sesi fotografi perseorangan untuk dimuat turun didalam blog kami, tarikh majlis berbuka puasa bersama rakan2 radio amatur Sri Manjung & menggodek rig Pak Roslee di dalam jalopy beliau.

Sessi menggodam kotak hitam

Antara yang hadir, sambil dipengerusikan oleh Tok Penghulu

Sesi perbincangan Majlis Berbuka Puasa

Keputusan para ahli Rakan Radio Amatur Sri Manjung, telah sebulat suara bersetuju membuat majlis berbuka puasa tersebut pada tarikh 17 September 2008 bersamaan 17 Ramadhan, bertempat di rumah Tok Penghulu. Pengumpulan dana juga berlangsung pada malam tersebut.

Sesi layan moreh + sahur by SWL Arifin

Perjumpaan pada malam tersebut berakhir pada pukul 12 malam (as usual).

No comments:

Post a Comment

PENAFIAN
PEMILIK BLOG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KEHILANGAN
ATAU KEROSAKAN
DISEBABKAN PENGGUNAAN MANA-MANA MAKLUMAT YANG DISEDIAKAN MELALUI LAMAN INI.
SEBARANG PENAMBAHBAIKAN BOLEH DIMAKLUMKAN KEPADA MANA-MANA ADMINISTRATORS YANG BERTUGAS.
HAKCIPTA TERPELIHARA administrators © 2008-2014