23.10.08

Banjir di Lekir








Lebih kurang 4 petang pada 21 Oktober 2008, hujan turun tanpa henti sehingga ke malam hari, di kawasan Seri Manjung, Lekir, Ayer Tawar, Lumut & kawasan sekitar, sehingga menyebabkan banjir di beberapa tempat. Keadaan ini bukan sahaja mengakibatkan blackout, malah beberapa kejadian kemalangan turut dicatatkan.

Berikut merupakan pemandangan Kampung Batu 7 & 8 Lekir yang mengalami banjir, sehingga paras pinggang. Gambar diambil oleh 9W2MMP (Cikgu Suhaimi) yang berada di tempat kejadian, pada petang 22hb. Semoga para mangsa sabar dan tabah dengan dugaan ini.

ps: Penulis dimaklumkan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Manjung, En Md Salleh bin Sudin sebentar tadi bahawa ramai pegawai & kakitangan PPD Manjung terperangkap di rumah masing-masing akibat banjir yang melanda ..

No comments:

Post a Comment

PENAFIAN
PEMILIK BLOG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KEHILANGAN
ATAU KEROSAKAN
DISEBABKAN PENGGUNAAN MANA-MANA MAKLUMAT YANG DISEDIAKAN MELALUI LAMAN INI.
SEBARANG PENAMBAHBAIKAN BOLEH DIMAKLUMKAN KEPADA MANA-MANA ADMINISTRATORS YANG BERTUGAS.
HAKCIPTA TERPELIHARA administrators © 2008-2014