Hampir 2 minggu kita berada di dalam bulan Syawal .. keceriaan Aidil Fitri masih dirasai .. bagi penulis dan keluarga .. sambutan Hari Raya kali ini begitu berbeza ... Dengan keriuhan sanak saudara ditambah dengan rakan radio sekitar kawasan yang ditemui ..
Kebetulan kali ini penulis & keluarga sempat beraya ke kawasan Pantai Barat, terus ke Pantai Timur .. Dimulai dengan perjalanan balik ke Kuantan pada hari raya ke 3, penulis & keluarga singgah beraya di rumah 9W2APH di Belakang Balai Bomba, Sekinchan.
Seterusnya pada hari raya ke 5, kami bergerak ke Muadzam Shah untuk melawat saudara, dikesempatan ini kami menjenguk teratak 9W2HTT. Kebetulan beliau membuat 'open house' maka ramailah rakan yang hadir termasuk rakan dari Labis iaitu 9W2LBS serta rakan2 dari Segamat seperti 9W2LNT.
Terima kasih kepada 9W2HTT & 9W2PCK atas bantuan yang diberi..
Pada keesokan harinya pula kami bergerak ke Marang, 9W2IOI & 9W2MFM sempat menghadiri eyeball di Seberang Takir yang dirangka awal oleh rakan2 lokalan sana pada malam hari.
Terima kasih kepada 9W2DEB atas bantuan yang diberi..
Pulang dari Marang pada raya ke 7 pula, kami sempat mengikuti baraan yang diadakan oleh rakan lokalan Sg Besar. Baraan ini dimulakan dengan rumah 9W2APH, seterusnya ke rumah 9W2MJD, 9W2VZD serta 9W2VVH serta XYLnya 9W2VVQ.
SILA LETAKKAN CURSOR DI FOTO SEKIRANYA INGIN MENGETAHUI SIAPAKAH DIA ..??
Terima kasih kepada rakan2 yang dihormati sekelian .. mudahan2 jalinan kekeluargaan ini berterusan .. Penulis akan cuba meng'update' callsigns masing2 secepat mungkin ... (Calling for 9W2IOI & 9W2MFM for help :D)
ps: sempat ber'eyeball' dengan rakan radio di Kuantan .. tapi di mana ya ku letak gambarnya???
No comments:
Post a Comment