Tarikh : 17hb November 2008
Time : 2100 hrs
Pada 17 & 18 hb Nov, saya (Hairul, 9W2YZF) & Syam 9W2IOI telah berkursus di Kuala Lumpur, bertempat di Ritz Carlton, Jalan Imbi. Di kesempatan itu, saya telah menghubungi Fahroe 9W2BBS untuk berjumpa dengan beliau. Pada pukul 2000hrs, beliau menjemput saya di perkarangan hotel untuk pergi menjamu selera.
Syam 9W2IOI, tidak dapat bersama2 kerana beliau membawa family sekali. Lantaran itu, Fahroe mengajak saya untuk melawat lokasi Rumah Kelab Mares yang terletak di Petaling Jaya. Di sana, saya bertemu dengan Farid 9W2ARD. Selepas itu, kami semua pergi ke restoran Nasi Lemak Cikgu di Kelana Jaya untuk makan malam.
Di sana juga seorang rakan Suzool Hilmi a.k.a Tank 9W2TNK turut hadir bersama2.
Fahroe 9W2BBS di lokasi kabin Rumah Kelab Mares
Set HF! 3 bijik tu beb!
Tumpang posing skali!
Nak lepak ramai2 kat sini pun boleh gak! Di luar kabin.
Farid 9W2ARD & Fahroe 9W2BBS di Restoran Nasi Lemak Cikgu
Rakan lama dalam arena pemancingan Tank 9W2TNK
Lagi satu, Fahroe menyampaikan salam kepada semua rakan Manjung, dah lama beliau tak turun ke sini. QRL dengan kerja di tempat barunya.
No comments:
Post a Comment