Date : 14112008
Tamat waktu bekerja hari tu, bergegas 5 jalopy ke kedai halfcut ni .. (9W2TGA, 9W2MMP, 9W2IOI, 9W2MCB, 9W2CFU, 9W2ZRB, SWAL One & SWAL Alina) .. masing2 nak mengintai basikal .. haaaaaaaa hobi baru sudah mari .. masing2 mula pegang perut & usap apa patut .. cuti sekolah pun dah mula .. dikhabarkan ada banyak barang menarik di kedai ni .. khas dari Jepun .. bukan setakat basikal, enjin kereta, halfcut body, rim, antena yagi pun ada!!!
Buat masa ni yang rajin mengayuh di Manjung ni cuma 9W2CZB & 9W2LLP .. hobi ni kalau diteruskan pun menarik juga .. tapi tuh la .. bila dah sampai QTH .. nampak pula macam2 .. tujuan asal terus padam bila mata terarah ke tempat lain .. Pak Roslee terpaku kat tempat yagi .. Abang Syam dah start buat pusingan 360 darjah kat kawasan enjin, Pak Sahak pula dok cek barisan rim ...
Nampak Cikgu Suhaimi & Cikgu Ali je yang betul2 tengok basikal ..




No comments:
Post a Comment