Semalam 24 Mac 2009, secara tak sengaja saya, 9W2YZF telah berkesempatan pergi ke puncak Bukit Kledang di Ipoh, Perak. Memang kebetulan pada waktu petang itu saya dari Ipoh ingin pulang ke Manjung. Tiba2 kedengaran audio Pak Lob 9W2SLJ, Presiden PARTS dan Pak Solehan 9W2SBD di 9M4RIP. Di dalam perbualan mereka, Pak Lob ingin menaiki puncak Kledang untuk membaiki masalah audio pada repeater.
Di kesempatan itu, saya mencelah perbualan mereka dan ingin bersama2 ke sana. Tiba di kaki bukit, saya menaiki 4x4 Pak Lob untuk naik ke puncak. Trek untuk mendaki ke sana memang mencabar. Pada waktu petang pula, ramai yang beriadah mendaki ke puncak dan perjalanan menaiki 4x4 kena berhati2.

Pak Lob, 9W2SLJ membuka panel repeater.
.jpg)
Antenna & sumber solar.
.jpg)
Ini rupanya keadaan dalam kotak hikmat!
.jpg)
Dah ada kat situ, jgn lepaskan peluang bergambar!
Tima kasih Pak Lob, sudi amik gambar saya.
.jpg)
Gambar keseluruhan repeater + antenna.
.jpg)
Selain repeater 9M4RIP, ada juga repeater ASTRA (di sebelah kiri sekali).
Dan juga kelihatan antenna pemancar yang lain.
Tidak banyak gambar yang dapat di ambil sebab pakai kamera hp sahaja & bateri pun nak habis. Lagipun sudah dengan guruh di langit, baik cepat2 turun! Terima kasih Pak Lob, dapat membawa saya ke Puncak Kledang.
No comments:
Post a Comment